Wednesday 26 October 2011

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI.
Bila jadi baik, ORANG MELUAT.
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM.
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH. APA LAA NAK JADI. NAK KIAMAT KOT?."
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA.
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN.
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS.
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR.
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONGsss GILERR'
Ni la dunia sekarang,mulut org macam-macam.. Renung-renungkan la.

Friday 26 August 2011

Anugerah Cinta

Andaikata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andaikata ia
akan menolaknya, ia juga tak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah,
bukan suatu hasil usaha.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,
terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah
membahagiakan kamu.

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap
kembali.Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia
sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI 
HATI ..
Cinta adalah sebuah janji, cinta adalah sebuah cenderahati, sekali diberi 
tidak akan di lupakan, jangan biarkan ia hilang.

Jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan permintaan… namun ia hadir
kerana ketentuannya….jika ia sebuah cinta, ia tidak hadir dengan
kemewahan dan kebendaan…namun ia hadir kerana pengorbanan dan
kesetiaan

Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa. Ia berlaku dengan indah sekali dan
mungkin berakhir dengan perit sekali.

Cinta tidak semestinya diucap dengan kata-kata manis sekiranya kita tidak
tahu menghargai atau memahaminya. Apalah erti cinta jika kesetiaan yang
wujud bukanlah dari hati yang ikhlas dan suci.

Ingat disetiap waktu ada org yang lebih menyayangi diri kita. Kita tak akan
kehilangannya sekira kita terus menyayanginya dengan sepenuh hati

Zaman Persekolahan

Hanya zaman persekolahan sahaja  yang mengajar kita erti persahabatan dan remaja,dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi..Masa ini jua kita membawa haluan masing-masing,mungkin sukar untuk kita semua besatu kembali dalam satu tempat sekecil bilik darjah,belajar,bergurau,kekantin bersama..Terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar dilupakan..Mungkin satu hari nanti kita akan menagis merindui zaman persekolahan yang sagat indah..Jadi sayangilah zaman persekolahan dan hargailah kawan-kawan persekolahan anda..

Cinta Itu..

Cinta itu datang dalam berbagai-bagai cara dan perasaan..Ada cinta untuk duniawi,ada cinta untuk harta benda,ada cinta untuk sesama insan dan ada juga yang dinamakan cinta buta..Tetapi hanya satu cinta sahaja yang kekal dari dahulu sehingga kini..Cinta kepada Yang Maha Esa,dan tidak ada cinta yang lebih sempurna selain cinta kita kepada-Nya..Perasaan kasih dan sayang sesama insan itu hanyalah semantara,tetapi cinta teragung adalah cinta kita kepada-Nya..

Thursday 18 August 2011

RealitI InsaN..


  • Ku layangkan segala anganku, kulepaskan semua hayalan jiwaku
  • Berpijak di bumi yang satuMemandang tinggi di langit biru
  • Satu janji di dalam hatiSatu mimpi yang akan ku rai
  • Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin menggapai cita dan cinta

  • Ini bukanlah satu mimpi Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
  • Ini adalah realiti keyakinan insan yang penuh visi
  • Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku rai
  • Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin menggapai cita dan cinta

  • Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
  • Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
  • Ini bukanlah satu mimpi Atau ilusi dalam jiwa yang sunyi
  • Ini adalah reality keyakinan insan yang penuh visi

  • Satu janji di dalam hati Satu mimpi yang akan ku rai
  • Harapan ku dalam hidup ini Ku ingin memgapai cita dan cinta
  • Satu satu mimpi di dalam hidup ku ini Satu satu janji yang ku gapai pasti
  • Satu satu mimpi di dalam hidup ku iniSatu satu janji yang ku gapai pasti